Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menganjurkan satu program pertukaran belia Malaysia Korea di Republik Korea. Sehubungan dengan ini, pihak JPA mempelawa seluruh pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Sokongan di Jabatan Kerja Raya Malaysia untuk mencalonkan nama bagi menyertai Program ini.
Program ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dari 17 Mei 2012 hingga 26 Mei 2012. Objektif Program ini adalah untuk memberi peluang kepada belia-belia Malaysia untuk mempelajari, menghayati dan mencontohi budaya dan etika kerja serta nilai-nilai positif Masyarakat Korea serta menjalin hubungan rapat dan kerjasama di antara Malaysia- Korea.
Bahagian Latihan & Penyelidikan JKR akan menganjurkan SEMINAR GREEN CONSTRUCTION CONFERENCE 2012 anjuran UDS ADMEDIA SDN BHD pada 15-16 Februari 2012 (Rabu dan Khamis) bertempat di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur. Bagi pegawai-pegawai kader bergred 48 ke atas boleh memohon untuk menyertai seminar ini.
Bahagian Latihan & Penyelidikan JKR akan menganjurkan Latihan Induk Bagi Program Umum Teknikal ( Februari dan Mac 2012). Bagi pegawai-pegawai kader di Kementerian/Agensi boleh membuat permohonan secara online di http://latihan.jkr.gov.my
Adalah dimaklumkan bahawa Ir. Hj. Landong B. Wakimi, Ketua Penolong Pengarah Kanan telah dilantik berkuatkuasa pada 3 Januari 2012 untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Unit Latihan, Bahagian Latihan dan Penyelidikan JKR. Pelantikan ini adalah berikutan pertukaran Ir. Hjh. Norma Norman yang bertukar ke Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Korporat akan menganjurkan kursus-kursus berikut pada bulan Februari 2012:
Kursus: Pengurusan Stor dan Inventori yang berkesan
Tarikh: 14 hingga 16 Februari 2012
Tempat: Sekitar Kuala Lumpur
Sasaran Peserta: Kumpulan Pengurusan dan Professional
Penginapan: Tidak Disediakan
Makan dan Minum: Disediakan
Kursus ini bertujuan untuk:
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta-peserta dalam aspek pengurusan stor dan inventori.
Meningkatkan kemahiran dan tanggungjawab peserta-peserta dalam bidang berkaitan penyelenggaraan dan pelupusan harta awam.
Kursus: Pengendalian Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti
Tarikh: 21 hingga 23 Februari 2012
Tempat: Menara PJD, Kuala Lumpur
Sasaran Peserta: Kumpulan Pengurusan dan Professional
Penginapan: Tidak Disediakan
Makan dan Minum: Disediakan
Kursus ini bertujuan untuk:
Memberi kefahaman tugas dan peranan pentadbir mesyuarat dan pengambilan minit
Memberi kesedaran kepentingan mesyuarat dan minit yang teratur
Memberi panduan membuat persiapan dan mentadbir urusan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat
Mendedahkan dan membiasakan peserta dengan pelbagai format dan teknik mengambil minit bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran menggunakan gaya bahasa.
Develop World Class SLAs That Support Your Business, Give Your Organization Agility and Build Sustainable Competitive Advantage
COURSE : SLA & SERVICES MANAGEMENT MASTERCLASS
DATE : 3rd - 4th NOVEMBER 2011
VENUE : KUALA LUMPUR, MALAYSIA
SLA (Service Level Agreements) is a formal written contract that specify the terms of engagement between the provider of services and its user, where the definition of contract, scope of services, methods of measurement, corrective actions, and any rules that govern the partnership are clearly stated. It is essential documentation for both parties to protect their liabilities based on the well defined customer's needs, and requirements.